JAWATAN KOSONG PENOLONG AKAUNTAN

JAWATAN KOSONG PENOLONG AKAUNTAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Diploma dalam bidang pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU

b) Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN

c) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Lain-Lain:

a) Penetapan gaji permulaan adalah berdasarkan pada kelayakan, kemahiran dan pengalaman kerja (sekurang-kurangnya 1 tahun) atau kepakaran dalam bidang-bidang berkaitan;

b) Kemudahan makan dan minum disediakan;

c) Caruman KWSP / Perkeso.

3. Cara Memohon :

a) Calon yang berminat boleh menghantar resume/Curriculum Vitae (CV) serta sijil-sijil yang berkaitan.

b) Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

c) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

Pengerusi,
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (Rumah Barkat),
118, Jalan Bukit Cagar,
80300 Johor Bahru,
JOHOR.

*(Sila tulis nama jawatan di sebelah kiri atas sampul surat).

ATAU

Email:
pkayj@rumahbarkat.org

Majlis Khatam Al_Quran 2011

Pada 18 Novemver 2011( Jumaat) jam 2.00 petang di adakan Majlis Khatam Al-Quran untuk anak-anak Rumah Barkat untuk tahun 2011. Seramai 12 orang anak-anak telah khatam pada tahun ini. Antara yang hadir meraikan majlis ini adalah ibu-waris , ahli majlis dan kakitangan Rumah Barkat.

Jawatan Kosong (Pembantu Am Rendah)

Kekosongan -Seorang wanita
Kelayakan -Boleh menjahit (Diberi
keutamaan)
Kemudahan -Makan minum disediakan.
Pengambilan untuk Januari 2012.

Sekiranya berminta boleh menghubungi pihak pentadbiran Rumah Barkat di talian 07-2261511 atau 07-2234664.

Pengambilan Anak-Anak Yatim/ Yatim-Piatu Untuk Sesi 2012.

Pihak Rumah Barkat sedang membuka borang tawaran untuk kemasukan anak-anak ke Rumah Barkat bagi sesi pengambilan untuk tahun 2012. Syarat kemasukan adalah anak yatim (kematian bapa ) atau yatim-piatu (kematian ibu dan bapa) dan mengikut syarat-syarat dan terma-terma yang ditetapkan. Sekiranya ingin mengetahui maklumat lebih lanjut boleh hubungi pejabat pentadbiran di talian 07-2234664 atau 07-2261511. Borang di buka sehingga 30/9/2011.

Jawatan Kosong (Pengasuh)

200452424-001

Kekosongan: Seorang Perempuan (Diutamakan ibu tunggal) .
Tempat tinggal/makan minum : Disediakan
Sekiranya berminta sila hubungi bahagian pentadbiran di talian 07-2234664/ 07-2261511. Sekian terima kasih.

Dimaklumkan kepada semua penyumbang/penderma bahawa Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Johor (Rumah Barkat) TIDAK PERNAH memberi kebenaran kepada sesiapa sahaja sama ada melalui individu ataupun organisasi untuk membuat pungutan derma secara online ataupun apa cara termasuklah kepada persatuan One Charity melalui webnya http://onecharity2u.com. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami melalui telefon pejabat pentadbiran Rumah Barkat. Sekian terima kasih.